Bahan-Bahan
- 2 biji telur
- 1 cawan gula kastor
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan santan atau susu cair
- 1 sudu kecil ovellate
- Pewarna
- Sedikit vanilla
Bahan-Bahan Cheese Cream
- 250 gm cheese cream
- 80gm Gula kastor
- 25ml air
- 20gm tepung gandum
- 1 biji telur
Cara Penyediaan Kuih Puteri Ayu Cheese
- Pukul gula dan telur sehingga kembang, masukkan ovellate dan pukul lagi
- Letak essen vanilla, masukkan tepung, santan dan pukul hingga sebati
- Bahagikan kepada beberpa bahagian dan warnakan letak perisa ikut citarasa anda
- Sediakan Cheese krim pukul semua bahan hingga sebati
- Sediakan acuan puteri ayu secukupnya
- Sapu acuan dengan minyak
- Isikan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api yang sederhana
- Setelah 2 minit, letakkan adunan berwarna dan kukus selama 7 - 10 minit dengan api sederhana
- Tutup penutup pengukus dengan kain agar wap air tidak menitis di atas Kuih Puteri Ayu Cheese
- Setelah masak bolehlah dikeluarkan dari acuan
Kuih Puteri Ayu Cheese Pelbagai Warna |
Gambar diatas adalah hasil kerjatangan sury walaupun kali pertama sury buat alhamdulilah cantik jangan lupa cuba ye kuih Puteri Ayu Cheese yang mudah dan senang untuk disediakan.