Monday, December 10, 2018

BUTTERCREAM UNTUK BUNGA

Sebelum ini sury ada kongsi resipi buttercream untuk lepaan kek sekarang sury nak bagi resipi buttercream untuk bunga. Harap ianya menjadi panduan dan resipi berguna untuk semua. Buttercream untuk bunga ini lebih senang dibentuk dan mudah digunakan semasa membentuk bunga kek.

Resipi Buttercream Untuk Bunga

Bahan-Bahan


  1. Super Cream 100gm
  2. Shortening 500gm
  3. Gula Icing 150gm - 200gm
  4. Perasa / essen vanilla

Cara-Cara

  1. Masukkan Super Cream Lite dan Shortening ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan kelajuan tinggi sehingga campuran itu mengembang / memutih
  2. Tambah gula icing yang telah di ayak sedikit demi sedikit
  3. Pukul lagi campuran ini sehingga sebati
  4. Masukkan perasa / essen secukupnya
  5. Buttercream yang telah siap di adun boleh di simpan dalam suhu bilik

Gambar berikut hasil kerjatangan sury membuat bunga untuk hiasan kek menggunakan buttercream untuk bunga menggunakan resipi ini.



Buttercream untuk bunga ini tahan lama bila dibentuk dan kekal cantik bila diletak di atas meja penggantin. Moga ianya menjadi panduan dan selamat mencuba.

Sunday, December 9, 2018

BUTTERCREAM

Pagi ini ada semangat untuk kemaskini blog sury rasa maklumlah cuti sekolah banyak aktiviti anak-anak kita atur supaya mereka ini tidak bosan di rumah. Sury nak kongsi resipi buttercream yang selalu sury buat dalam penyediaan kek sury. Resipi buttercream ini memang best dan senang di gunakan dan tidak terlalu manis.

Resipi Buttercream

Bahan-Bahan


  1. Super Cream Lite - 500gm
  2. Shortening 100gm
  3. Gula icing 150gm - 200gm
  4.  Perisa / Essen


Cara-Cara

  1. Masukkan Super Cream Lite dan Shortening ke dalam Mangkuk adunan kemudian pukul dengan kelajuan tinggi sehingga campuran ini kembang / memutih.
  2. Tambahkan gula icing yang telah di ayak sedikit demi sedikit
  3. Masuk perasa atau essen secukupnya
  4. Buttercream diputar sebati dan boleh digunakan
  5. Buttercream yang telah siap di adun boleh di simpan dalam suhu bilik
Buttercream ini boleh dilepa pada kek yang telah disejukkan. Buttercream ini juga dijadikan lepaan pada lapisan kek. Sekiranya ingin menggunakan warna, mudah saja hanya titiskan pewarna makanan yang dibenarkan sedikit dan kacau sebati. Mudahkan di sini sury bagi gambar-gambar kek yang sury menggunkan resipi buttercream ini.







Moga bermanfaat pada semua yang menggunakan resepi buttercream ini selamat mencuba.

Friday, November 9, 2018

KUIH PUTERI AYU CHEESE

Kuih Puteri Ayu Cheese baru kali pertama sury buat selalunya Kuih Puteri Ayu yang biasa ada kelapa kat atas kuih tu yang ini lain sikit ada cheese. Mula-mula dapat order menjajau juga cari macamana bentuk dan resipinya maklmulah tak pernah buat. Bila buat kali pertama rasa teruja nak tengok hasil kerjatangan kita alhamdulilah sedap dan menjadi. Terima kasih dekat blog masam manis memang best sebenarnya dah lama kuih Puteri Ayu Cheese tengok kat blog dalam 2015 dah ada rasa tidak ikut perkembangan langsung sury apa pun kat sini sury nak kongsi resipi Kuih Puteri ayu Cheese:

Bahan-Bahan
  1.  2 biji telur
  2. 1 cawan gula kastor
  3. 2 cawan tepung gandum
  4. 1 cawan santan atau susu cair
  5. 1 sudu kecil ovellate
  6. Pewarna
  7. Sedikit vanilla
Bahan-Bahan Cheese Cream

  1. 250 gm cheese cream
  2. 80gm Gula kastor
  3. 25ml air
  4. 20gm tepung gandum
  5. 1 biji telur

Cara Penyediaan Kuih Puteri Ayu Cheese

  • Pukul gula dan telur sehingga kembang, masukkan ovellate dan pukul lagi
  • Letak essen vanilla, masukkan tepung, santan dan pukul hingga sebati
  • Bahagikan kepada beberpa bahagian dan warnakan letak perisa ikut citarasa anda
  • Sediakan Cheese krim pukul semua bahan hingga sebati 
  • Sediakan acuan puteri ayu secukupnya
  • Sapu acuan dengan minyak 
  • Isikan cream cheese ke dalam acuan dan kukus selama 2 minit dengan api yang sederhana
  • Setelah 2 minit, letakkan adunan berwarna dan kukus selama 7 - 10 minit dengan api sederhana
  • Tutup penutup pengukus dengan kain agar wap air tidak menitis di atas Kuih Puteri Ayu Cheese
  • Setelah masak bolehlah dikeluarkan dari acuan


Kuih Puteri Ayu Cheese Pelbagai Warna

Gambar diatas adalah hasil kerjatangan sury walaupun kali pertama sury buat alhamdulilah cantik jangan lupa cuba ye kuih Puteri Ayu Cheese yang mudah dan senang untuk disediakan.


Monday, October 22, 2018

KEK ASKAR UNTUK KANAK-KANAK



Sury hendak cerita berkenaan kek fondant pemintaan daripada pelanggan sury iaitu Kek askar untuk Kanak-kanan. Kek yang diminta perisa kek velvert dan menggunakan fondant serta dihias dengan warna warni askar. Sury memang teruja nak buat kek nie memang tak pernah buat tema askar macam-macam fikir apa yang warna-warna sesuai dengan tema askar.

Pertama yang sury buat adalah beli mainan askar dulu termasuklah askar-askar yang ramai dan kereta perang atau kereta kebal. Lepas tu sury sediakan kek terlebih dahulu sementara menunggu kek masak sury sediakan buttercream yang akan menyalut kek tersebut sebelum dilapis dengan fondant.
Selepas kek masak dan disejukkan, aktiviti seterusnya sury lapiskan dengan buttercream yang sury telah siapkan. Biarkan seketika kek tersebut, sury siapkan adunan untuk uli fondant memang kena bersiap fizikal dan mental buat kek fondant ini. Setelah fondant diuli dan di rehatkan seketika ambik nafas sikit untuk sury berehat.

Masa anak-anak tak de memang kerja sury boleh fokus buat menghias fondant ini. Kelengkapan dah diatur bolehlah sury mencanai fondant maaf lah sury tak ambik langkah demi langkah untuk menghias kek askar untuk kanak-kanak insyallah sury cuba ushakan ke arah itu.
Gambar dibawah menunjukkan kek sury yang dah siap iaitu kek askar untuk kanak-kanak mungkin boleh dijadikan rujukan atau panduan menghias kek tersebut.





Alhamdulialh si comel aniq suka dengan kek askar untuk kanak-kanak moga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang patuh ibubapa dan berjaya dunia akhirat aamiin.

RESIPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Sury nak kongsi resipi Kek Lapis kukus Cream Cheese, kek nie memang sedap rasa coklat dan lemak cheese dia memang wow..kek pun lembut kerana di kukus best sangat.

Bahan A
  1.  250gm cream cheese
  2. 60gm gula halus
  3. 1 biji telur
  4. 1sudu besar air
  5. 1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara
  1. Pukul Cream cheese bersama dengan gula sehingga sebati
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar

Bahan B
  1. 2 biji telur
  2. 1 cawan gula halus
  3. 1 sk vanilla
  4. Sedikit garam
  5. 1/2 cawan air panas didih
  6. 1/2 cawan susu segar / cair
  7. 1/2 cawan minyak jagung / masak
  8. 1 cawan tepung gandum
  9. 3 sudu besar serbuk koko
  10. 1 sudu kecik baking soda
  11. 1/2 sudu kecik baking powder ( 2 bahan perlu diayak dulu)

Cara-cara
  1. Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam
  3. Masakkan air panas, susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. 
Cara Memasak
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana 
  2. Sapukan sedikit minyak / mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese di atasnya, tutup semula
Gambar dibawah adalah contoh menggunakan resipi kek lapis kukus cream cheese yang sury rasa sediakan


Resipi Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie memang sedap dan lembut serta tidak muak sesuai untuk dihidangkan begitu sahaja atau dijadikan menu untuk petang atau kek hari lahir dan hari bahagia. Resipi Kek Lapis Kukus Cream Cheese sebenarnya adalah daripada blog Sinar Kehidupan Kak Yati Memories Resipi Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie dah lama sury guna memang best terima kasih kepada kak yatie yang sudi kongsi resipi nie.

Friday, October 19, 2018

6 TANDA DAN SEBAB KEK TIDAK MENJADI

Selalunya bila kita buat kek mesti kita hendak kek tu hasilnya adalah gebu, naik dengan sempurna, lembut dan sedap. Semua yang kita buat kadang-kadang tak seperti yang kita impikan iaitu kek tidak naik, bantat, merekah, lembik dan sebagainya. Berikut sury ingin menghuraikan 6 tanda dan sebab kek tidak menjadi :
  1. Kek Merekah - berpunca daripada suhu ketuhar terlampau panas, kekurangan cecair
  2. Kek Lembap dan leper - Banyak cecair, bahan penaik tidak mencukupi, mentega dan gula tidak dipukul dengan betul tidak kembang secukupnya
  3. Kek Mendap di tengah-tengah - Ketuhar terlalu panas atau terlalu sejuk dan dibakar pada masa yang singkat. Selain itu pintu ketuhar dibuka terlalu awal atau sukatan bahan tidak tepat.
  4. Kek Bantat - Telur yang digunakan saiz yang terlalu kecil atau tidak elok, suhu ketuhar terlalu rendah
  5. Kek tidak naik sekata - Bancuhan tepung tidak sempurna, suhu dalam ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh dan adunan melebihi daripada setengah loyang pembakar.
  6. Kek Berat - Sewaktu memukul campuran tepung terlalu laju, campuran mentega, telur dan gula dipukul terlalu lama, terlalu banyak tepung digunakan, serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung atau suhu ketuhar terlalu rendah
Disini sury lampirkan 2 gambar daripada 6 tanda dan sebab kek tidak menjadi sebagai panduan kita bersama:

 
Kek Merekah



Kek Mendap


6 tanda dan sebab kek tidak menjadi diatas adalah antara asam garam yang selalui dilalui oleh mereka yang suka membuat kek sebelum nak menjadi seorang pakar memang banyak rintangan yang perlu kita belajar moga sedikit sebanyak memberi tip atau panduan bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama.

TIP PERBEZAAN ANTARA KEK BUTTERCREAM DAN KEK FONDANT

Banyak Sury dapat pertanyaan berkenaan tip perbezaan antara Kek Buttercream dan Kek Fondant. Sury ingin menerangkan perbezaan dan diharap dapat menjelaskan secara keseluruhan jenis-jenis kek tersebut.


Kek Buttercream
Tip Perbezaan antara Kek Buttercream dan Kek Fondant ialah kek buttercream texture yang lembut dan tidak tahan dengan suhu yang panas dan mudah lembik. Ianya menggunakan adunan gula, krimwell dan shortening dengan kelajuan putaran tertentu supaya sebati dan boleh digunakan. Ia juga kena dimasukkan kedalam chilli atau peti sejuk untuk mengawal suhu kek tersebut. Harga kek ini lebih murah berbanding dengan kek fondant. Ianya selalu dijadikan lepaan pada kek hari lahir, perkahwinan dan pertunang

Kek Fondant
Tip Perbezaan antara Kek Buttercream dan Kek Fondant ialah kek fondant texture yang keras dan kuat dan lebih tahan. Ianya menggunakan adunan gula dan  gelatin, glukos dan diuli dengan sempurna untuk menjadi fondant yang berkualiti. Kek fondant tidak perlu di masukkan ke dalam chilli atau peti sejuk untuk mengawal suhu kek tersebut. Harga kek ini lebih mahal berbanding dengan kek buttercream kerana ianya perlu kemahiran dalam mengadunkannya. Ianya selalu dijadikan lepaan pada kek hari lahir, perkahwinan dan pertunangan.


Kesimpulan Tip Perbezaan Antara Kek Buttercream dan Kek Fondant banyak bezanya ikut citarasa dan budget anda untuk membuat pilihan.