Monday, October 22, 2018

KEK ASKAR UNTUK KANAK-KANAK



Sury hendak cerita berkenaan kek fondant pemintaan daripada pelanggan sury iaitu Kek askar untuk Kanak-kanan. Kek yang diminta perisa kek velvert dan menggunakan fondant serta dihias dengan warna warni askar. Sury memang teruja nak buat kek nie memang tak pernah buat tema askar macam-macam fikir apa yang warna-warna sesuai dengan tema askar.

Pertama yang sury buat adalah beli mainan askar dulu termasuklah askar-askar yang ramai dan kereta perang atau kereta kebal. Lepas tu sury sediakan kek terlebih dahulu sementara menunggu kek masak sury sediakan buttercream yang akan menyalut kek tersebut sebelum dilapis dengan fondant.
Selepas kek masak dan disejukkan, aktiviti seterusnya sury lapiskan dengan buttercream yang sury telah siapkan. Biarkan seketika kek tersebut, sury siapkan adunan untuk uli fondant memang kena bersiap fizikal dan mental buat kek fondant ini. Setelah fondant diuli dan di rehatkan seketika ambik nafas sikit untuk sury berehat.

Masa anak-anak tak de memang kerja sury boleh fokus buat menghias fondant ini. Kelengkapan dah diatur bolehlah sury mencanai fondant maaf lah sury tak ambik langkah demi langkah untuk menghias kek askar untuk kanak-kanak insyallah sury cuba ushakan ke arah itu.
Gambar dibawah menunjukkan kek sury yang dah siap iaitu kek askar untuk kanak-kanak mungkin boleh dijadikan rujukan atau panduan menghias kek tersebut.





Alhamdulialh si comel aniq suka dengan kek askar untuk kanak-kanak moga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang patuh ibubapa dan berjaya dunia akhirat aamiin.

RESIPI KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Sury nak kongsi resipi Kek Lapis kukus Cream Cheese, kek nie memang sedap rasa coklat dan lemak cheese dia memang wow..kek pun lembut kerana di kukus best sangat.

Bahan A
  1.  250gm cream cheese
  2. 60gm gula halus
  3. 1 biji telur
  4. 1sudu besar air
  5. 1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara
  1. Pukul Cream cheese bersama dengan gula sehingga sebati
  2. Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar

Bahan B
  1. 2 biji telur
  2. 1 cawan gula halus
  3. 1 sk vanilla
  4. Sedikit garam
  5. 1/2 cawan air panas didih
  6. 1/2 cawan susu segar / cair
  7. 1/2 cawan minyak jagung / masak
  8. 1 cawan tepung gandum
  9. 3 sudu besar serbuk koko
  10. 1 sudu kecik baking soda
  11. 1/2 sudu kecik baking powder ( 2 bahan perlu diayak dulu)

Cara-cara
  1. Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam
  3. Masakkan air panas, susu dan minyak
  4. Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. 
Cara Memasak
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana 
  2. Sapukan sedikit minyak / mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese di atasnya, tutup semula
Gambar dibawah adalah contoh menggunakan resipi kek lapis kukus cream cheese yang sury rasa sediakan


Resipi Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie memang sedap dan lembut serta tidak muak sesuai untuk dihidangkan begitu sahaja atau dijadikan menu untuk petang atau kek hari lahir dan hari bahagia. Resipi Kek Lapis Kukus Cream Cheese sebenarnya adalah daripada blog Sinar Kehidupan Kak Yati Memories Resipi Kek Lapis Kukus Cream Cheese nie dah lama sury guna memang best terima kasih kepada kak yatie yang sudi kongsi resipi nie.

Friday, October 19, 2018

6 TANDA DAN SEBAB KEK TIDAK MENJADI

Selalunya bila kita buat kek mesti kita hendak kek tu hasilnya adalah gebu, naik dengan sempurna, lembut dan sedap. Semua yang kita buat kadang-kadang tak seperti yang kita impikan iaitu kek tidak naik, bantat, merekah, lembik dan sebagainya. Berikut sury ingin menghuraikan 6 tanda dan sebab kek tidak menjadi :
  1. Kek Merekah - berpunca daripada suhu ketuhar terlampau panas, kekurangan cecair
  2. Kek Lembap dan leper - Banyak cecair, bahan penaik tidak mencukupi, mentega dan gula tidak dipukul dengan betul tidak kembang secukupnya
  3. Kek Mendap di tengah-tengah - Ketuhar terlalu panas atau terlalu sejuk dan dibakar pada masa yang singkat. Selain itu pintu ketuhar dibuka terlalu awal atau sukatan bahan tidak tepat.
  4. Kek Bantat - Telur yang digunakan saiz yang terlalu kecil atau tidak elok, suhu ketuhar terlalu rendah
  5. Kek tidak naik sekata - Bancuhan tepung tidak sempurna, suhu dalam ketuhar tidak panas sekata menyebabkan kek tidak dibakar secara menyeluruh dan adunan melebihi daripada setengah loyang pembakar.
  6. Kek Berat - Sewaktu memukul campuran tepung terlalu laju, campuran mentega, telur dan gula dipukul terlalu lama, terlalu banyak tepung digunakan, serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung atau suhu ketuhar terlalu rendah
Disini sury lampirkan 2 gambar daripada 6 tanda dan sebab kek tidak menjadi sebagai panduan kita bersama:

 
Kek Merekah



Kek Mendap


6 tanda dan sebab kek tidak menjadi diatas adalah antara asam garam yang selalui dilalui oleh mereka yang suka membuat kek sebelum nak menjadi seorang pakar memang banyak rintangan yang perlu kita belajar moga sedikit sebanyak memberi tip atau panduan bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama.

TIP PERBEZAAN ANTARA KEK BUTTERCREAM DAN KEK FONDANT

Banyak Sury dapat pertanyaan berkenaan tip perbezaan antara Kek Buttercream dan Kek Fondant. Sury ingin menerangkan perbezaan dan diharap dapat menjelaskan secara keseluruhan jenis-jenis kek tersebut.


Kek Buttercream
Tip Perbezaan antara Kek Buttercream dan Kek Fondant ialah kek buttercream texture yang lembut dan tidak tahan dengan suhu yang panas dan mudah lembik. Ianya menggunakan adunan gula, krimwell dan shortening dengan kelajuan putaran tertentu supaya sebati dan boleh digunakan. Ia juga kena dimasukkan kedalam chilli atau peti sejuk untuk mengawal suhu kek tersebut. Harga kek ini lebih murah berbanding dengan kek fondant. Ianya selalu dijadikan lepaan pada kek hari lahir, perkahwinan dan pertunang

Kek Fondant
Tip Perbezaan antara Kek Buttercream dan Kek Fondant ialah kek fondant texture yang keras dan kuat dan lebih tahan. Ianya menggunakan adunan gula dan  gelatin, glukos dan diuli dengan sempurna untuk menjadi fondant yang berkualiti. Kek fondant tidak perlu di masukkan ke dalam chilli atau peti sejuk untuk mengawal suhu kek tersebut. Harga kek ini lebih mahal berbanding dengan kek buttercream kerana ianya perlu kemahiran dalam mengadunkannya. Ianya selalu dijadikan lepaan pada kek hari lahir, perkahwinan dan pertunangan.


Kesimpulan Tip Perbezaan Antara Kek Buttercream dan Kek Fondant banyak bezanya ikut citarasa dan budget anda untuk membuat pilihan.

8 TIP UNTUK PILIH DESIGN KEK BIRTHDAY

Pernah tak mengalami kesukaran cara membuat pilihan design kek Birthday  berikut Sury Rasa memberi 8 tip untuk memilih design kek Birthday antaranya:
  1. Buat Pemilihan kedai kek atau homemade yang membuat design kek Birthday yang senang dan mudah untuk anda dapatkannya
  2. Buat Senarai apa kesukaan orang yang nak disambut antaranya warna dan citarasanya
  3. Mungkin ada tempat tertentu dan tema yang hendak diikut untuk menentukan design Kek Birthday menjadi  kegemarannya seperti warna baju atau konsep Birthday tersebut untuk disambut
  4. Pilih Berapa Berat kek yang hendak ditempah mengikut budget anda
  5. Citarasa kek yang menjadi pilihan hati orang yang disambut contoh kek red velvert, kek pandan gula melaka, butterscoat dan lain-lain
  6. Tulisan pada kek, nama, umur, ucapan dan  tarikh birthday orang yang disambut
  7. Tentukan semua maklumat untuk pengambilan kek terutama tempat, masa dan tarikh kena tepat
  8. Buat tempahan awal untuk mengelakkan daripada design kek birthday yang kita suka boleh dipenuhi
    Gambar di atas contoh design kek birthday yang Sury Rasa hasilkan. Tip-tip tersebut boleh digunakan semasa pemilihan design kek birthday Melaka dibuat. Semoga ianya dapat membantu anda semua yang mengalami kesukaran pemilihan design kek birthday.

Monday, October 8, 2018

KRIM PUFF

Esok nak sediakan tempahan krim puff terfikir nak kongsi resipinya doh yang selalu sury guna. Mudah je sebenarnya sebelum nie ada gak sury belajar Crispy Japanees Cream Puff memang sedap tapi untuk mudah sury suka resipi yang nie kerana lebih mudah dan cepat. Maklum lah semua nak cepat kat bawah nie sury senaraikan bahan-bahan dan cara membuat doh krim puff.

Bahan-bahan Krim Puff

1. 500gm air
2. 200gm butter
3. secubit garam
4. sesudu besar gula
5. 300gm tepung gandum
6. 6 biji telur

Cara Penyediaannya Krim Puff

1. Sediakan kuali / periuk masukkan air, butter, garam dan gula
2. Biarkan ia cair dan mendidih
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati kecikkan api. Tunggu sehingga masak dan naik mintyak iaitu tidak melekat pada kuali lagi.
4. Pindahkan adunan kedalam Mix, pukul dengan kelajuan perlahan hingga adunan sejuk
5. Piping adunan menggunakan nozel bunga di atas kertas minyak
6. Panaskan oven 190 / 200 darjah celcium  api atas bawah
7. Masak selama 30 minit
8. Bila masak warna keperangan danboleh angkat
9. Boleh dihidangkan dengan filling kastar ataupun vanilla


Gambar diatas adalah contoh krim puff yang siap untuk dihidangkan selamat mencuba krim puff daripada sury rasa

Sunday, October 7, 2018

BROWNIES

Sebut je brownies semua memang tahu dan ramai yang sudah rasa. Resipi brownies pun macam-macam dan mudah untuk di dapati dalam buku resipi ataupun dalam internet. Menyediakannya juga mudah untuk membuatnya. Berikut Sury Rasa ingin kongsi resipi yang selalu Sury gunakan setiap kali menyediakan tempahan yang sentiasa ada.

Bahan-Bahan Brownies

1. 90 gram butter
2. 130gram gula kaster
3. 2 biji telur
4. 220gram coklat chips
5. 1 tbs Coklat powder
6. 2 tsp vanilla
7. 85gram tepung gandum


Cara Penyediaan Brownies

1. Cairkan butter guna double boil selepas cair satukan dengan gula kaster. Kacau sehingga sebati.
2. Masukkan telur dalam adunan kalau sebati. Kemudian masukkan essen vanilla, coklat powder kacau sebati.
3. Cairkan coklat chip sehingga cair menggunakan kaedah double boil
4. Masukkan  coklat tersebut dalam adunan yang telah sebati kacau gunakan twist
5. Masukkan tepung sedikit-sedikit gunakan sepatular sampai rata
6. Masukkan kedalam acuan atau loyang 7 x 7inci yang dilapik dengan kertas minyak
7. Bakar dengan api atas bawah dengan suhu 150 darjah celcius dalam 25 minit ikut oven masing-masing.
8. Bila sejuk barulah boleh dipotong brownies dan dihidangkan serta hias dengan coklat nuttela dan kacang almond / coklat chip/ stawberry
9. Resipi ini adalah untuk satu adunan sekiranya untuk doublekan adunan boleh guna loyang 10 inci x 10inci




Brownies nie kurang manis dan sesuai di hidangkan di mjlis-majlis hari lahir, keraian mahupun perkahwinan.

KUIH NONA MANIS

Pagi nie nak cite pasal kuih Nona Manis, pasal pertama kali dapat tempahan kuih nie. Walaupun dan penah rasa dan selalu je orang buat tapi tak penah lak mencuba Kuih Nona Manis. Sekali orang order baru gesa datang mencari resipi untuk kuih nie. Alhamdulilah menjadi tapi kena belajar skill yang cepat untuk siapkan kuih nie.. maklumlah budak baru belajar. Kat sini sury share apa resipi yang sury gunakan untuk penyediaan Kuih Nona Manis

Bahan- Bahan Kuih Nona Manis

Bahan A

3 cawan santan kotak kara
5 cawan air
160gm tepung gandum
4 tsp garam halus

* Whisk semua bahan, masak semua api sederhana hingga pekat


Bahan B

400gm tepung gandum
450gm gula halus
1 1/2 cawan santan pekat Kara
2 1/2 cawan air
4 biji telur gred A atau B

* Kacau semua dengan whisk sahaja tidak perlu masak

Bahan C

200gm gula kastor
120gm tepung jagung
1 tsp garam halus
1 1/2 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air pandan ( 10 helai daun pandan blend )

* Whisk semua bahan, masak semua api sederhana hingga pekat

* Campur Bahan B & C whisk sahaja
* Kukus dalam 10 minit
* Bekas plastik kecik di sapu dengan minyak dulu
* Dapat 100pcs bekas kecik






Hasil Kuih Nona Manis boleh belajar dan asah skill lagi biar lebih mudah dan cepat untuk hasilkan kuih nie. Kuih Nona Manis memang sedap untuk sarapan pagi mahupun minum petang.